PERHATIAN !!! BLOG INI DIBUAT MENGGUNAKAN IE , BLOG INI LEBIH SESUAI DIBUKA MELALUI KOMPUTER
DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
- PUAN NORSIDAH BINTI OTHMAN -
CABARAN DAKWAH DI MALAYSIA
PENGENALAN
Assalamualaikum …
Kami adalah kumpulan yang dianggotai 3 orang
pelajar dari Politeknik METrO Kuantan kelas DHF5A (Diploma Perkhidmatan Makanan
(Amalan Halal) iaitu Wan Hazwan , Hafizul Hairil dan Muhammad Iqbal
Azri . Blog ini dibina kerana ini adalah merupakan assesment kami
untuk subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022) dan terima kasih kepada
pensyarah kami yang mengajar subjek ini iaitu Puan Norsidah Binti Othman kerana
tidak putus menolong dan memberi idea kepada kami . Blog ini juga bertujuan
untuk rujukan kami dan sesiapa saja yang memerlukan .
Agama Islam adalah agama anutan kedua yang terbesar di
dunia selepas agama Kristian . Agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain
di dunia kerana ia adalah satu sistem hidup yang merangkumi segala aspek
kehidupan . Ajarannya meliputi aspek
Aqidah ( Kepercayaan ), Syariah ( Peraturan ) dan Akhlak ( Etika ) . Ajaran Islam juga menghendaki penganutnya
melakukan segala aspek kehidupan dunia mengikut cara-cara yang diredhai oleh
Allah SWT . Perbezaan agama Islam dengan
agama-agama lain ialah agama-agama lain di dunia hanya mempunyai unsur
kepercayan dan akhlak .
Aspek-aspek syariat yang menyeluruh inilah yang menyebabkan
agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain . Selain dari itu aspek
kandungan dalam aqidah Islam juga agak berbeza kerana konsep ketuhanannya dan
perkara-perkara ghaib seperti konsep pahala dan dosa , hari pembalasan ( kiamat ) , syurga dan neraka,
alam kubur dan lain-lain lagi.
Agama Islam diturunkan kepada
manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup bagi kebaikan dunia dan akhirat
. Bagi tujuan tersebut Allah SWT telah
menurunkan Al Quran sebagai sumber rujukan dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan dalam Al Quran sebagai
mana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 1-2 yang bermaksud :
“Alif , Lam , Mim ,
demikianlah kitab Al Quran itu yang tiada ragu-ragu lagi ( isinya ) , menjadi
petunjuk kepada orang-orang yang beriman .”
petikan dipetik dari https://pedangmerah01.blogspot.my/
DEFINISI DAKWAH
Dakwah adalah usaha
membawa manusia kepada agama Allah . Ia
meliputi proses menyampai , mengajak atau menyeru manusia mengenali , menerima
dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui kaedah , teknik dan pendekatan
tertentu . Kegiatan dakwah boleh dilakukan
dlam pelbagai bentuk , Islam tidak menghadkan para pendakwah mengunakan medium
tertentu dalam proses dakwah malah mereka digalakan mengunakan medium terbaik
mengikut kesesuaian zaman dan keberkesanan dakeah kepada sasarannya . Galakkan berdakwah terbuka kepada seluruh
umat Islam seperti sabda Rasullah SAW ;
“ Sampaikan daripada
aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan
sesiapa mendustai aku dengan sengaja , disediakan tempat baginya daripada api
neraka” . ( Riwayat al-Bukhari )
petikan dipetik dari https://pedangmerah01.blogspot.my/
ETIKA DAKWAH
ETIKA DAKWAH
Dari pelbagai
definisi , dapat simpulkan bahawa etika pada dasarnya adalah suatu cabang ilmu
falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral dan tingkah laku manusia dari
segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui dan sepatutnya diamalkan
dalam kehidupan sama ada dari sudut individu , masyarakat dan negara . Kita juga
perlulah lemah lembut dalam berdakwah iaitu enyampaikan dakwah secara lemah
lembut , tidak bercakap kasar serta tidak berkeras hati .
CABARAN MASA KINI
DAKWAH Islamiyah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran
dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah
SWT . Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi
oleh dakwah , yang datang dari berbagai-bagai pihak .
Namun keadaan tersebut tidaklah bererti bahawa ada kalanya
dakwah tidak menghadapi apa-apa masalah . Jadi yang dimaksudkan dengan
rintangan dakwah ialah masalah yang lahir disebabkan oleh keadaan-keadaan
tertentu yang sepatutnya tidak ada .
Kita dapat melihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi
mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah . Mereka
menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah
masyarakat Islam dilihat sebagai othordok , fundamental dan konservatif .
Istilah-isitilah itu kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar
sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai
menakutkan .
Atas rasa takutlah mereka mencipta pula persepsi islamphobia,
dan dikaitkan dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain
tindakan jenayah .
Perkembangan terbaru , masyarakat yang sudah terbentuk persepsi
melihat pakaian yang digunakan oleh sebahagian masyarakat Islam sebagai amat
menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah .
Maka dengan itu ikon Islam sudah dilihat sebagai sesuatu yang
salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia . Begitu juga menara masjid
telah dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan .
Perspektif salah ini sedang berkembang dalam masyarakat Barat
sehingga ada negara berusaha menggubal undang-undang bagi melarang apa sahaja
unsur yang boleh dihubungkan dengan Islam .
Persoalan ini bukanlah mudah untuk ditangani . Ia memerlukan
kerjasama semua pihak termasuk melakarkan kembali kemurnian Islam sehingga
berjaya mengikis pandangan serong terhadap apa yang mereka fahami mengenai
konsep perang suci atau jihad .
Lebih banyak pendedahan dan dialog perlu dilaksanakan kerana dengan
pemahaman yang melihat kepada psikologi takutlah menyebabkan prasangka buruk
semakin membesar dan berkembang .
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0107&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz55GBoimBY
© Utusan Melayu (M) Bhd
ISU ISU SEMASA
- Dakwah Multiracial
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
sampaikanlah walaupun hanya satu ayat. Tapi tak ramai yang buat ? Itu cabaran
pertama dakwah di Malaysia masa kini” .
FIRDAUS Wong Wai Hung , 34 , dilahirkan
sebagai etnik Cina tetapi fasih berbahasa Melayu , Hokkien dan Mandarin
merupakan antara golongan pendakwah Islam muda yang progresif di negara ini .
Beliau memilih pendekatan disiplin dakwah
menerusi kaedah multiracial dalam mengharungi cabaran dakwah sehingga sampai ke
peringkat global antaranya membantu masyarakat Islam di Uganda selain merancang
meluaskan dakwah sehingga ke Botswana , Zambia , Zimbabwe , Kenya dan Afrika
Selatan . Firdaus Wong selaku Presiden Multiracial
Revert Malaysia (MRM) turut memilih pendekatan berdakwah secara sederhana tanpa
sebarang prejudis dalam menyampaikan misi dakwah dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara ini yang memiliki kepelbagaian kaum , agama dan kepercayaan
tersendiri .
petikan dipetik dari http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dakwah-multiracial-di-malaysia-1.516665
Kuala Lumpur: “Bagi saya, cabaran berdakwah ketika zaman
teknologi ini dilihat sebagai cabaran untuk semua khususnya dalam mengawal diri
menyebarkan ilmu dan maklumat sahih memandangkan boleh diperoleh hanya di
hujung jari ,” kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ,
Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh
Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan , semalam .
Beliau menerima anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangannya yang
bergiat aktif dalam pelbagai organisasi termasuk Persatuan Pencinta Alam
Malaysia , Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) selain pernah menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara
Penganut Agama (JKMPKA), Jabatan Perpaduan Negara (JPM) .
Menurut Azizan , kerja dakwah ketika ini perlu disesuaikan
dengan kepantasan teknologi memandangkan semua maklumat mampu diperoleh dengan
cepat .
“Dalam zaman sekarang , dakwah tidak mungkin boleh dilakukan
secara diam kerana dalam keadaan serba canggih ini segalanya amat pantas .
“Penggunaan gajet amat meluas di semua peringkat, malah
kanak-kanak turut menggunakannya. Namun , kita yang mengawal setiap maklumat
yang disebarkan itu . Biarlah perkara yang disebarkan itu menyihatkan perasaan
dan jiwa,” katanya .
petikan dipetik dari https://www.hmetro.com.my/node/172141
BIOGRAFI ( Ustaz Azhar Idrus )
NAMA
·
Azhar Bin Idrus
TARIKH
LAHIR
·
12 Febuari 1964
BERASAL
·
Ladang , Kuala Terengganu , Terengganu
HOBI
·
Mengembara ( taakulun penulis ) dan
fotografi alam hidupan
PENDIDIKAN
·
Sekolah
Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah
·
Sekolah
Menengah Darulaman Alor Setar , Kedah (Tingkatan 1 dan 2)
·
Sekolah
Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
·
Mulai
belajar agama sekitar tahun 1990
·
Belajar
secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
PENGALAMAN
· Pernah
menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
· Antara guru
beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai
· Mula
mengajar ( hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja , kate beliau ) di surau lading
, kampungnya
PERJALANAN HIDUP
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan
band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy” . Dan sempat
membuat beberapa persembahan di stadium-stadium . Setelah kumpulan muziknya
mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri
kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk
mencari glamor. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni,
seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan
anak-anak muda ..
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir .. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz ? Apakah yang dilakukannya ? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook . Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikalpada tahun 1980an . Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustazuntuk merasmikan program berbasikal .
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik . Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990 , Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan rebut . Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya . Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani . Apabila melihat kehebatan kawannya ini , timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga .
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir .. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz ? Apakah yang dilakukannya ? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook . Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikalpada tahun 1980an . Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustazuntuk merasmikan program berbasikal .
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik . Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990 , Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan rebut . Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya . Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani . Apabila melihat kehebatan kawannya ini , timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga .
dipetik dari http://www.queachmad.com/2013/01/ustaz-azhar-idrus-biodata-penuh-dan.html
CONTOH VIDEO DAKWAH DI MALAYSIA
Ini adalah
salah satu video daripada Ustaz Azhar Idrus ataupon dikenali sebagai UAI .
Video dakwah beliau yang bertajuk CARA
NAK DAKWAH ORANG JAHIL .
Untuk info selanjutnya di https://www.youtube.com/watch?v=h28nQ7B1X-w
Video tersebut menceritakan bagaimana cabaran yang harus dilalui untuk menyampaikan dakwah di satu kampung orang asli .
Untuk info lanjut tentang video tersebut boleh melayari https://www.youtube.com/watch?v=-FUB1WINSgE&t=126s
KESIMPULANNYA
Untuk
berdakwah kita haruslah mengharungi beberapa cabaran sebelum dapat menyampaikan
dakwah tersebut . Dengan zaman yang semakin maju kehadapan semakin banyak
cabaran harus kita hadapi .
Sesungguhnya ALLAH itu MAHA
MENGETAHUI dan MAHA ADIL . ALLAH TAKKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN PERKARA YANG
TIDAK BOLEH KITA HARUNGI .
SEKIAN DARI KAMI TERIMA KASIH